RSS

Pray For MH370

Misteri kehilangan pesawat MH370 masih lagi menjadi bualan hangat sejak 8 Mac yang lalu. Pesawat tersebut dijadualkan mendarat di lapangan terbang Beijing namun tidak sampai di destinasi yang ditetapkan dan hilang entah ke mana. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran kemanakah pesawat tersebut menghilang??? Usaha mencari masih giat dilakukan namun masih buntu. Menurut maklumat terbaru semalam, pesawat tersebut dikatakan membuat "turning back" kerana radar mengesan pergerakan patah balik. Akan tetapi, jejak tersebut hilang secara tiba-tiba. Apa-apapun, kita hanya mampu berdoa agar usaha pencarian dapat dilakukan dengan pantas dan penumpang serta anak kapal ditemui dengan selamat. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Hentikan segala spekulasi dan khabar angin yang tidak berasas kerana ia akan mengundang kesedihan kepada ahli keluarga yang menjadi mangsa. Bayangkan jika ahli keluarga berada di dalam pesawat tersebut. Jaga perasaan mereka dan selidik dulu sebelum menyebarkan berita yang kurang pasti. Semoga semuanya selamat. Amin...



0 comments:

Post a Comment