RSS

Rezeki Allah Tidak Terkira


Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

>>>>> Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.



Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.

>>>>> Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.



Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.

>>>>> Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.



Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.

>>>>> Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.



Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.

>>>>> Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.



Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.

>>>>> Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.



Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.

>>>>> Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil dan Maha Memberi Segalanya


0 comments:

Post a Comment