RSS

Promosi Alfalfa Complex!




Sedar tak sedar, promosi Alfalfa Complex dah nak closing esok dah (31 Jan 2014)..Cepat je masa berlalu..


Alfalfa ni memang antara produk hot stuff Shaklee jugak la..Memndangkan masih ada masa ni, jom kita borong 6 set terus..dapat 1 FREE lagi tau..nak tunggu promosi macam ni entah bila la kan..cepat2 grab sekarang sementara masa masih ada..jangan tunggu promosi habis baru nak gigit jari.huhuhu..boleh kongsi dengan suami, anak-anak, ayah, ibu, nenek, atok atau saudara mara..boleh jimat sikit :)


Alfalfa Complex ni sangat bagus untuk ibu yang menyusukan anak (hasilkan banyak susu badan), nak kurus, resdung, sembelit, kencing manis..Ia mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, Vitamin D, vitamin E, Vitamin K..banyak sangat khasiat Alfalfa ni..terbaiklah!


Order sekarang! dan saya akan bagi ebook ekslusif  percuma CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE :)
Saya juga akan bagi konsultansi PERCUMA...





Read Users' Comments (0)

Allah Maha Pengasih


Salam Khamis semua...jom kita muhasabah diri...Kekadang kita lupa, sering mengeluh dengan Sang Pencipta..kita selidik apa kelemahan diri dan cuba perbaiki untuk memajukan diri sendiri dan menguatkan hubungan kita dengan Allah :)


Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."  
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat (An Naba' : 9)


Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : 

“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)


Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh: 

“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab: ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)


Jangan banyak mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dengan taqwa...Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa (^_^)

Read Users' Comments (0)

Rawat Asma Kanak-Kanak Tanpa Nebulizer


Apakah Penyakit Asma??

Asma ataupun lelah merupakan penyakit di mana kesukaran bernafas




Punca Asma??

Ia berpunca daripada keradangan pada selaput dinding udara dan menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit



Faktor Asma??

- Bulu Binatang

- Debu atau Habuk

- Perubahan Cuaca

- Rokok dan Asap Rokok

- Jangkitan Salur Pernafasan

- Tekanan 


Apakah Nebulizer??

Alat yang digunakan untuk merawat asma. Ia dapat mengubah zarah ubat dari cair ke gas (wap). Ia membantu mengeluarkan kahak yang mengganggu sistem pernafasan.


Vitamin untuk Asma??


1)      Omega Guard

Omega Guard


Omega Guard dan minyak ikan sangat sinonim..Ia diperbuat daripada minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi Omega-3..Ianya kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanic (DHA). Omega-3 membantu mencegah penyakit asma dan mengurangkan serangan ke atas pesakit. Menurut kajian, sape2 yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko masalah pernafasan.


2)      Mealshakes

Meal Shakes


Mealshakes ialah minuman segera yang berkhasiat. french vanilla flavour. 'segera' di sini bermaksud ianya segera diserap, mempunyai protein berkualiti tinggi dan mdah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa. Ia mengandungi multivitamin yang menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit asma. 

Jom hubungi saya sekarang untuk dapatkan Omega Guard dan Mealshakes untuk rawat asma anak anda :)
 


sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)

Read Users' Comments (0)

Quote Yang Paling Suka


Entry kali ni nak cerita antara salah satu quote yang paling saya suka dan masih saya guna sampai sekarang..Korang nak tahu tak?? Bajet suspen je.heheh..


Quotenye berbunyi: 



“Jangan Mudah Berputus Asa”


Mungkin ungkapan ni nampak macam biasa je bagi anda tapi memang sangat bermakna kepada saya..dari dulu sampailah sekarang saya masih berpegang kepada ungkapan ini..Banyak perkara dan dugaan yang pernah dilalui dan semuanya saya tempuhi..

Ungkapan ini dijadikan sebagai pembakar semangat di kala mengharungi pelbagai rintangan..Memang tak dinafikan, kadang2 ada ketika diri ni terasa lemah sangat dan hampir berputus asa namun saya cuba bangkit semula dan cuba sehabis daya untuk mengharunginya..Jika nak dihitung, tersangat banyaklah perkara yang memerlukan kesabaran untuk mengatasinya..Jangan mudah putus asa..cuba dulu, kalau tak dapat, cuba inisiatif lain..kalau tak dapat juga barulah tawakkal dan berserah kepada Allah..

Read Users' Comments (0)

Inisiatif Demam dan Selesema : Nutriferon


Sekarang ni musim demam dan selesema..saya pun baru je lepas selesema..ni baru kebah..demam ni perkara normal..ia bukanlah suatu penyakit.namun, itu menandakan bahawa tubuh kita sedang bekerja untuk melawan virus yang menyerangnya..jadi suhu badan menjadi tinggi bagi menyediakan ‘suasana’ yang membantutkan perkembangan virus tersebut..demam selesema ni jika berlarutan boleh merimaskan! Mana taknya..nak makan tak lalu..lidah rasa pahit je..hidung pun duk sok sek sok sek..tak selesa kan??





Tips jika anda demam:


·         Jangan sesekali telan panadol!


Kenapa ye???


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


 
Nutriferon untuk Demam dan Selesema

Nutriferon



Apakah Nutriferon???

Nutriferon ialah vitamin yang merangsang penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.. 


Fungsi Interferon???Ia merupakan sejenis hormon yang disifatkan sebagai perisai bagi melawan virus dalam sistem pertahanan badan..
Kalau anda rasa demam atau selesema, cepat-cepat telan nutriferon ye..1 hari je dah boleh kebah dan rasa segar dan sihat..jadikan nutriferon ni sebagai first aid tak kira kat rumah atau tempat kerja atau nak travel kat mana-mana pun.. boleh standby je! Gabungkan dengan Performance Drink untuk tenaga berterusan : )

Nak order? pm saya dan konsultansi serta Ebook Cara Makan Vitamin akan diberi secara PERCUMA!!!

sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)





Read Users' Comments (0)

Darah Tinggi dan Vivix


Tahukah anda???


Kajian menunjukkan 90%  penghidap darah tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom atau gejala manakala 10% lagi menunjukkan simptom tekanan darah tinggi..Ini menunjukkan bahawa penyakit darah tinggi merupakan silent killer..Tak siapa dapat menduga..Boleh membunuh secara senyap..seram kan?? Kalau kita tak kawal pemakanan, gaya hidup dan pengambilan supplement maka kebarangkalian untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi..


Darah tinggi berpunca apabila jantung mengepam darah dan darah tersebut menolak dinding arteri dengan kuat..Jika tekanan darah tersebut sangat kuat pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan pada tubuh..


Kenali punca-punca darah tinggi

1)      Tekanan/Stress


Jantung akan megepam darah dengan banyak apabila kita stress..Darah akan bergerak dengan laju dan bertekanan tinggi serta menghentam dinding arteri dengan kuat..Maka, terjadilah tekanan darah tinggi



2)      Kolestrol


Jika anda selalu makan makanan berkolestrol tinggi, risiko untuk mendapat darah tinggi adalah tinggi..Apabila terlalu banyak kolestrol dalam salur darah, proses penghantaran darah ke seluruh badan akan terganggu..Maka, salur darah akan mengecil kerana tersumbat dengan kolestrol..Akan tetapi, jumlah darah yang melalui salur darah adalah sama dan menyebabkan tekanan pada dinding arteri sekaligus menyebabkan tekanan darah tinggi..



Alternatif merawat darah tinggi


Entry-entry sebelum ini merungkai betapa efektif dan berkesan keupayaan Vivix dalam meyelesaikan pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit darah tinggi..


Bagaimana vivix membantu???

Vivix


Vivix merupakan antioksida semulajadi..kandungan elderberry didalamnya menghalang oksidasi kolestrol LDL (kolestrol jahat)..Ia juga membantu merendahkan keradangan yang berlaku pada salur darah yang menyebabkan darah tinggi..



Testimoni Vivix


Vivix mampu menurunkan bacaan darah tinggi ke bacaan normal..dengan izin Allah : )



Testimoni Vivix - darah tinggi



sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)

Read Users' Comments (0)

Selamat Hari Lahir My Mom


Hari ini tanggal 26 Jan 2014 merupakan tarikh lahir mama saya, Rusnani bt Mat Ghani..Genap la umurnya 52 tahun kalau nak ikut kad pengenalan la tapi menurutnya, dia 4 tahun lebih muda dari tarikh kat ic..so maknanya dia lahir pada tahun 1958..maka, umur dah 48 tahun..waa cepatnya masa berlalu..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kesihatan yang sempurna kepada ma..masih diberi umur yang panjang untuk menjaga kami semua adik beradik..Tak pernah jemu mendidik saya dan adik2 menjadi insan yang berguna dunia dan insyaallah akhirat sama..Jasa ma terlalu banyak..Maafkan saya jika pernah menyakiti hati ma..sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesalahan..

Semoga ma diberi umur yang panjang, kesihatan yang berterusan dan rezeki yang mencurah2..kalau diizinkan tuhan, niat di hati nak bawak ma dengan abah sekali lagi ke tanah suci Mekah..Insyaallah suatu hari nanti.. :)


Happy Birthday Ma :)

Read Users' Comments (0)

Masalah Wanita : Keputihan Sangat Merimaskan!


Keputihan biasa terjadi kepada semua wanita yang normal..Ia dikategorikan sebagai normal jika lendir tersebut berwarna putih, jernih, cair, tidak berbau dan tidak berasa gatal..Namun jika keputihan selain daripada itu berkemungkinan anda mengalami masalah..




Jenis-Jenis Keputihan:


1)      NORMAL


-          Berwarna Jernih, tidak berbau & tidak gatal

-          Simptom: 2 minggu sebelum period 


2)      JANGKITAN KULAT (CANDIDA ALBICANS)

-          Berwarna putih, berair & berbau
-          Simptom: gatal dan sakit ketika membuang air kecil 


3)      RADANG PADA SERVIKS & VAGINA

-          Berwarna putih pekat, melekit & berbau 


4)      ENDOMETRIOSIS (PEMBULUH DARAH PADA SERVIKS)

-          Berwarna coklat dan berair

-          Simptom: pendarahan disebabkan keguguran, haid tidak teratur atau luka dalaman 


5)      PENDARAHAN PANGKAL RAHIM

-          Berwarna merah muda, cair & tidak berbau

-          Simptom: berlaku selepas melahirkan bayi 


6)      KANSER

-          Berwarna kelabu & berbau busuk 


7)      JANGKITAN KUMAN (PROTOZOA TRICHOMONAS VAGINALIS)

-          Berwarna kuning kehijauan, gatal & berbau busuk

-          Simptom: berasa sakit dan kemerahan di sekitar faraj



 8)      JANGKITAN KUMAN (NISEERIA GONORRHOE)

-          Berwarna kuning & kental

-          Simptom: panas dan gatal di sekitar faraj serta sakit ketika membuang air kecil 



Vitamin terbaik untuk merawat KEPUTIHAN


Setelah dikaji dan diselidiki, Shaklee menyediakan 3 komponen penting dan BERKESAN bagi merawat keputihan anda..anda harus cuba hari ni juga! Memang tidak menghampakan kerana banyak testimoni yang telah berjaya..memperkenalkan SET KEPUTIHAN iaitu ALFALFA COMPLEX, GARLIC dan GLA COMPLEX :)


Bagaimana SET KEPUTIHAN ni berfungsi???


Alfalfa Complex


Alfalfa Complex >>> berfungsi sebagai antikulat kerana ianya kaya dengan klorofil


Garlic

Garlic >>> juga berfungsi sebagai antikulat, meningkatkan sistem imun (antibiotik semulajadi)


GLA Complex

GLA Complex >>> sebagai agen pembasmi kulat 


Testimoni SET KEPUTIHAN Shaklee  


Alhamdulillah..dengan penggunaan set keputihan shaklee, ramai customer telah berpuas hati..keputihan yang dahsyat dapat dirawat dengan jayanya :) Jom tengok testimoni di bawah kalau anda tak percaya....

Testimoni Set Keputihan

Testimoni Set Keputihan


Rawat masalah keputihan anda dengan segera..jika tidak, ia akan menyerang dan merebak ke organ-organ dalaman yang lain..


Nak order??? :) Hubungi saya sekarang...


sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)



Read Users' Comments (0)

Nutrisi Lengkap Untuk Ibu Mengandung


Ibu yang sedang mengandung memerlukan nutrisi yang lengkap agar si ibu dan anak yang sedang dikandung mendapat kesihatan yang optimum serta merangsang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas..


Tahukah anda?? 4 sebab mengapa nutrisi penting untuk ibu yang mengandung:


1)      Kesihatan ibu terjamin sehingga melahirkan bayi


2)      Perkembangan bayi yang sihat


3)      Mengurangkan kompilasi semasa melahirkan bayi


4)      Mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin




6 Nutrisi penting dan wajib!!!


1)      Zat Besi


2)      Asid Folik


3)      Protein


4)      Kalsium


5)      Vitamin C


6)      Minyak Ikan


 Mana nak dapatkan 6 nutrisi kat atas ye? Sesetengah daripada anda mungkin alahan kepada makanan.. kadang2 ada yang terpaksa skip makanan kegemaran kerana muntah2 dan loya disebabkan pembawakan anak yang dikandung..jadi mungkin pengambilan makanan adalah terhad dan nutrisi yang diperolehi sangat sedikit.. tapi anda tak perlu risau lagi..walaupun anda alahan, Shaklee membantu anda untuk mendapatkan 5 nutrisi wajib tersebut..Shaklee sangat menitikberatkan keperluan ibu2 yang mengandung supaya nutrien yang dimakan oleh ibu dapat dikongsi bersama bayi di dalam rahim..


Jom kita selesaikan 6 nutrisi tersebut samada sepadan atau tidak dengan vitamin Shaklee: )


Set Hamil


~ Zat Besi >>> penyelesaiannya ialah Vitalea


Vitalea ni multivitamin iaitu mempunyai 28 jenis vitamin penting untuk kesihatan dan tenaga..Selain itu, ia meningkatkan hemoglobin dalam darah..Juga dapat mengurangkan potensi Anemia serta kelahiran bayi kurang matang



~ Asid Folik >>> penyelesaiannya ialah B Complex


B Complex mempunyai 8 jenis vitamin yang lengkap termasuk asid folik..sangat penting bagi mengurangkan risiko bayi cacat serta menyokong kesihatan sistem saraf



~ Protein >>> penyelesaiannya ialah ESP


ESP (Energizing Soy Protein) mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap..penting bagi membekalkan tenaga supaya ibu tak mudah letih kerana ia kaya dengan protein..Protein juga diperlukan bagi pembinaan blok-blok asas di dalam badan bayi dan ibu



~ Kalsium >>> penyelesaiannya ialah Ostematrix


Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari..kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi..sakit pinggang semasa mengandung pun berkurangan dengan ostematrix



~ Vitamin C >>> penyelesaiannya ialah Vita-C


Vita-C bertindak sebagai antibodi untuk melawan penyakit..juga penghasilan kolagen untuk membina tulang rawan..selain itu, ia juga membantu menyerap iron dalam Vitalea dengan lebih berkesan



~ Minyak Ikan >>> penyelesainnya ialah Omega Guard


Omega Guard kaya dengan minyak ikan yang diekstrak dari tisu ikan yang berminyak..ia digalakkan untuk si ibu dari trimester ke 3..penting untuk perkembangan otak dan mata bayi..juga mengawal kolestrol untuk si ibu 


Ok dah jelas kan??? Memang semua keperluan vitamin ada di dalam Shaklee..ianya selamat, semulajadi dan berkhasiat..anda tak perlu lagi nak minum susu formula yang kadang2 meloyakan anda dan mempunyai bahan pengawet yang membahayakan bayi..

Cuba amalkan set hamil yang lengkap ini..mana tahu boleh diamalkan untuk kandungan anak2 seterusnya..hubungi saya sekarang..konsultansi dan jadual makan, ebook akan diberi secara PERCUMA : ) 



sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)

Read Users' Comments (0)

Aktiviti Outdoor Kegemaran


Entry kali ni nak cerita pasal aktiviti outdoor yang menjadi kegemaran saya..Saya ni jenis yang kurang bersukan tapi saya suka main badminton..Kalau main suka2 tu bolehla..tapi kalau nak lawan memang confirm kalah la.hehe..Dengan adik yang bongsu pun boleh kalah.haha..


rumah saya ada net badminton..Siap buat court sendiri lagi haa..Memang dibuat khusus untuk main badminton.nampak real sikit..semangat nak main macam betul2..hehe..Jadi memang hampir setiap petang kami sekeluarga main badminton termasuk abah dan adik beradik yang lain..


Main badminton boleh buat badan berpeluh tau..memang bagus la untuk kesihatan..Kadang2 kitaorang main macam betul2..siap ada pengadil untuk kira siapa yang menang dan siapa yang kalah.hehe kelakar lak..bila dah menang tu rasa puas sangat..huhu..Seronok jugak main ramai2 macam tu..boleh eratkan lagi ikatan kekeluargaan..


Selain itu, saya juga suka jalan2..memang selalu jugak la bawak adik2 jalan kat pantai..sambil makan aiskrim dan tengok ombak..boleh tenangkan fikiran yang tengah serabut..


Ni la court badminton kat halaman rumah saya..hee..adik2ku tengah bermain dengan riang sekali :)







Read Users' Comments (0)

Mengapa Masalah Period Tidak Teratur ???


Setiap wanita kebiasaannya akan mengalami fasa period sebulan sekali..Kitaran yang normal biasanya 28 hari..Masalah period tak teratur akan terjadi jika jumlah kitaran tersebut berubah..


Bagaimana period terjadi???


Period atau haid akan berlaku apabila telur di dalam ovari tidak bersenyawa dengan sperma..Pada hari ke 14 daripada kitaran 28 hari, ovari akan membebaskan telur yang matang ke tiub Fallopio menuju ke rahim..Pada masa yang sama, dinding rahim mula menebal untuk menyediakan rahim bagi fetus jika telur bersenyawa dengan sperma..Jika telur tersebut tidak bersenyawa dengan sperma, maka telur tersebut akan jatuh bersama dinding rahim yang menebal menjadi darah haid/period..


Kitaran Normal

Ovulasi

Faktor kitaran period tidak teratur


1)      Mengandung

-          Kitaran haid akan terganggu/terhenti seketika jika anda hamil..ini bermakna telur yang dibebaskan oleh ovari bersenyawa dengan sperma untuk menghasilkan fetus..


2)      Tekanan/Stress

-          Jika anda stress, ketidakseimbangan hormon akan berlaku dan akan mengganggu kitaran period..


3)      Cara pemakanan

-          Tubuh akan mengalami ketidakseimbangan hormon jika berat badan naik mendadak atau makan makanan yang tidak berkhasiat..


4)      Pil Perancang Kehamilan

-          Sesetengah pil perancang mempunyai kandungan bahan yang mengganggu hormon anda dan seterusnya mengganggu kitaran period..


5)      PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)

-          PCOS ialah salah satu ketumbuhan yang berlaku di ovari..ketumbuhan ini mengganggu proses kematangan telur dan telur tidak dapat dibebaskan.. 



Vitamin untuk betulkan period


~ GLA Complex

GLA Complex

Vitamin wajib diambil kerana sangat penting untuk betulkan ketidakseimbangan hormon serta merawat ketumbuhan pada ovari..


~ B Complex

B Complex

Vitamin B dalam badan akan berkurangan jika anda stress..Maka, pengambilan B Complex akan meningkatkan pengurusan stress kerana ianya mengandungi asid folik bagi meningkatkan penyerapan nutrien..



Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultansi secara percuma!!
sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)


Read Users' Comments (0)

Vitamin Untuk Rambut Gugur


Rambut gugur lazim terjadi kepada lelaki dan wanita..Banyak faktor2 yang mempengaruhi masalah keguguran rambut antaranya ialah faktor dalaman serta faktor luaran seperti:

-          Tekanan

-          Gayahidup yang tidak sihat

-          Ketidakseimbangan hormon

-          Pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal

-          Faktor genetik

-          Mewarnakan rambut

-          Penggunaan shampoo yang tidak sesuai


Faktor2 seperti di atas akan menyebabkan folikel rambut terjejas dan memendekkan fasa aktif rambut..Sebenarnya hal ini terjadi kerana rambut kita kekurangan vitamin zinc, protein dan zat besi..

Tapi anda jangan risau..keperluan vitamin tersebut terdapat dalam vitamin Shaklee iaitu Vitalea, ESP dan Zinc Complex..Ianya semulajadi dan selamat digunakan..


Vitalea

Vitalea

Vitalea merupakan formula zat besi yang amat penting bagi menguatkan folikel rambut daripada gugur..Jika anda cepat letih, tak fokus juga merupakan petunjuk bahawa anda kekurangan zat besi..


ESP (Energizing Soy Protein)

ESP

Seperti yang anda sedia maklum, ESP kaya dengan protein soya..Sebenarnya folikel rambut kita terjadi daripada fiber protein..Jika kekurangan protein, rambut pun akan cepat gugur kan?? Fakta menunjukkan 90% rambut kita akan mengalami fasa memanjang..Fasa ini berterusan dalam masa 2-3 tahun..Fasa rehat akan menyusul dan pada waktu inilah rambut gugur akan diganti dengan yang baru..


Zinc Complex

Zinc Complex

Zinc dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang..Zinc diperlukan untuk menyerap nutrisi dalam tubuh.Struktur rambut akan menjadi lemah jika kekurangan zinc kerana nutrisi yang diperlukan oleh folikel rambut tidak dapat diserap sepenuhnya.. 


Selain itu, shaklee juga menyediakan set khusus penjagaan rambut iaitu Shampoo Shaklee Prosante & Scalp Serum agar rambut anda tampil sihat dan menawan!

Shaklee Prosante & Scalp Serum


Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultansi secara PERCUMA!!
sms/whatsapp: 0199718617
email: faiqacollections@gmail.com
ID Shaklee: 1092017 (Nur Ezatie)

Read Users' Comments (0)