RSS

Kenali Peribadi Rasulullah SAW

Sempena maulidurrasul pada 12 Rabiulawwal 1435 H bersamaan 14 Januari 2014, jom kita kenali peribadi Rasullullah saw dengan lebih dekat..


Ciri-ciri fizikal Rasullullah saw:


Riwayat dari Hindun Ibnu Abi Halah(bapa saudara Hasan Bin Ali), ciri-ciri fizikal Rasullullah saw seperti berikut:


- Tubuh Rasullullah saw besar - Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama - Bentuk badan lebih tinggi dari ukurab tubuh yang biasa - Rambut beliau ikal. Jika tidak disisir, rambut beliau ketika terurai tidak melebihi bahagian bawah telinga beliau - Kulit beliau putih kemerah-merahan - Dahi lebar, bulu mata melengkung dan panjang - Hidung yang mancung - Janggut beliau lebat dan pipi yang mendatar - Bentuk badan yang ideal - Kedua tapak kaki beliau halus sehinggakan airpun tidak melekat - Tubuhnya tidak bergoyang apabila berjalan - Beliau sering menundukkan pandangan - Ketika menoleh, beliau menoleh dengan seluruh badan beliau


Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda:


" Barangsiapa yang pernah bermimpi melihatku, maka ia benar-benar telsh melihatku kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku" (Hadis riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

0 comments:

Post a Comment