RSS

Buku Yang Saya Suka

Sebenarnya saya suka membaca pelbagai jenis buku.Buku yang menjadi kegemaran saya ialah bertemakan cinta, romantis, buku cerita, resipi memasak, motivasi dan lawak jenaka.


Masa sekolah rendah memang suka sangat baca cerpen2 ni sehinggakan kadang2 sanggup ke perpustakaan pada waktu rehat semata2 nak baca buku cerita sampaikan sanggup skip waktu makan..huhu...padahal boleh je pinjam kan..tapi yang pinjam tetap pinjam jugak.hehe.. 

Namun, bila dah besar dan matang sikit, buku bertemakan cinta dan romantis sering menjadi keutamaan dan semestinya buku tersebut dinamakan novel cinta..heheh..Mesti korang ingat saya jiwang kan??Memang pun.hehe..


Saya start jatuh cinta membaca novel sejak sekolah menengah lagi..Masa tu baru nak kenal novel..Masa kat sekolah rendah mana ada diajar baca novel2 cinta ni..kalau ada pun cerpen2 dongeng, buku cerita..Masa tu, mana ada duit nak beli novel, bukan kerja pun..lagipun duit belanja pun cukup2 makan je..jadi pinjam je kawan punya..hehe..


Seingat saya, novel yang saya mula2 saya baca ialah Ombak Rindu hasil karangan Fauziah Ashari..Novel ini menceritakan seorang anak gadis yang dijual oleh bapanya. Kemudian, dia berjumpa dengan playboy dan telah mengahwininya selepas dirogol oleh lelaki tersebut..Lama kelamaan, lelaki tersebut telah berubah dan jatuh cinta dengannya..Mereka pun hidup bahagia..Namun sebelum mengecapi kebahagian tersebut, pelbagai rintangan dihadapi oleh mereka..Korang mesti pernah baca novel ni kan?Sape yang tak pernah baca lagi, pasti anda telah melihat filem yang telah mengadaptasi novel ini menjadi sebuah filem yang bertajuk “Ombak Rindu” dan telah dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Maya Karin..Selepas novel tersebut, banyak lagi koleksi novel yang saya baca seperti Adam dan Hawa, Kan Ku Kejar Cinta Kamu dan banyak lagi.. :D

Novel - Ombak Rindu


Walaupun saya suka novel, namun buku2 berkaitan resipi masakan juga menjadi kegemaran saya..Saya suka memasak benda2 yang baru..Dan saya pasti suka kalau ada orang yang suka dan makan apa yang saya masak :)



Insyaallah jika ada kelapangan, saya akan share di lain entry masakan yang pernah saya buat ye :)


0 comments:

Post a Comment