RSS

Aktiviti Outdoor Kegemaran


Entry kali ni nak cerita pasal aktiviti outdoor yang menjadi kegemaran saya..Saya ni jenis yang kurang bersukan tapi saya suka main badminton..Kalau main suka2 tu bolehla..tapi kalau nak lawan memang confirm kalah la.hehe..Dengan adik yang bongsu pun boleh kalah.haha..


rumah saya ada net badminton..Siap buat court sendiri lagi haa..Memang dibuat khusus untuk main badminton.nampak real sikit..semangat nak main macam betul2..hehe..Jadi memang hampir setiap petang kami sekeluarga main badminton termasuk abah dan adik beradik yang lain..


Main badminton boleh buat badan berpeluh tau..memang bagus la untuk kesihatan..Kadang2 kitaorang main macam betul2..siap ada pengadil untuk kira siapa yang menang dan siapa yang kalah.hehe kelakar lak..bila dah menang tu rasa puas sangat..huhu..Seronok jugak main ramai2 macam tu..boleh eratkan lagi ikatan kekeluargaan..


Selain itu, saya juga suka jalan2..memang selalu jugak la bawak adik2 jalan kat pantai..sambil makan aiskrim dan tengok ombak..boleh tenangkan fikiran yang tengah serabut..


Ni la court badminton kat halaman rumah saya..hee..adik2ku tengah bermain dengan riang sekali :)







0 comments:

Post a Comment